Saturday, April 30, 2011

naik mencanak

alhamdulillah...
akhirnya graf pun naik gila2
lepas USD$1500 /1oz depa kata
bawah ni graf dia [hari ni 1/5/11]


harga 1dinar PG pun dah lepas 700
jual balik 669
kiranya balik modal dah la yang dulu2 aku beli
alhamdulillah...

tapi nak beli pun makin susahlah
lagi2 orang tak berduit macam aku...
tak pa, pelan2 kita buat.

makanya, sapa2 yang berhajat beli emas tu
janganlah tunggu lama2
graf susah nak turun
nanti jadi macam aku dulu
dari harga bawah 600
611 baru nak beli, lari berpuluh2.


insya-ALLAH, simpan emas ni tak rugi
siap 'special' lagi ALLAH bagi
cukup haul nisab, boleh bayar zakat emas.

lillahi ta'ala
simpan nilai emas lagi baik dari simpan nilai duit
'0' inflasi
tengok kita sekarang ni, barang semua naik

ni contoh mudah aku bagi
aku pi kafe makan nasi
dulu ambil sayur sikit, kena 5 kupang
la ni kena seringgit...
nampak tak inflasi tu.

zaman nabi 1 kambing = 1 dinar
zaman la, tetap 1 kambing = 1 dinar.


- makan 'free' bila menteri mai...

Wednesday, April 27, 2011

madrasah 'final'



la ni minggu untuk budak2 U aku perah otak.
minggu periksa.

tapi rasanya sem ni, boleh relaks sikit kot...
jadual periksa sem ni ok,
tak padat macam sem lepas.

tu pasai esok nak periksa,
hari ni boleh dok tulis blog ni lagi.
boring sama kot
tak larat nak baca dah...

ada orang kata, dah nak periksa
baru nak turun surau.

tapi mungkin ni lah RAHMAT ALLAH
MADRASAH 'FINAL'
ala2 MADRASAH RAMADHON...ramai yang dekat dengan ALLAH.
alhamdulillah, harap berterusanlah nikmat ni pada kita.
sama2 lah kita saling mengajak pada benda2 baik.

dengar kata, kerajaan nak buat penilaian
bukan berasaskan peperiksaan
untuk budak2 sekolah...
tak ada dah peperiksaan awam macam UPSR, PMR


- madrasah 'final' pun tak ada lah lepas ni ?

Saturday, April 2, 2011

bila budak cukup umur...



umur berapa, orang kira dia tu dah cukup umur?
baligh?
mumaiyiz?
habis sekolah menengah, 18 tahun?

la ni aku nak cakap pasal cukup umur 21 tahun?
paham2 saja la...tu umur untuk orang boleh daftar spr
jadi pengundi dalam pilihan raya.

ada la sorang profesor u ni
dia ni penganilisis politik
dia kata, lebih korang macam ni la..
"orang yang tak mengundi ni
depa ni ambek kesempatan atas tanggungjawab orang lain yang pi mengundi..

orang2 yang tak mengundi ni tumpang nikmat orang yang mengundi
bila negara ok, pemimpin negara buat kerja elok2...

tapi depa ni tak da hak langsung nak merungut bila hidup susah."

jadi, bila dah cukup umur tu,
pi la daftar dengan spr.
tak pun masuk link ni 'daftar pemilih baru'
isi maklumat kat situ, pastu nanti ada orang lain tolong daftarkan.
habis cerita...

-nak mampuih la... minyak dok naik lagi-