Friday, October 21, 2011

morgan

morgan ni aku rasa nama orang kot...
tapi lantaklah, janji aku dah ada morgan ni

1 oz morgan yang ku cari telah kunjung tiba



p/s: silver untuk panel solar, pelaburan masa depan.

psm: pelajar selalu menangis...

Hari ni Pekan hujan lagi
budak2 u kat sini cuti seminggu
sebab cuti deepavali dengan sultan pahang.



plan nak pi merantau pun tak jadi
sebab hari2 dok hujan
tak da rezeki kot...

la ni sem 7
ada PSM
projek sarjana muda
perghhh...
aku dapat tajuk
'experimental validation for chatter stability prediction'
sapa paham tajuk ni ?



selepas lebih sebulan dok buat psm ni
yang aku paham la
chatter ni 'self-excited vibration of tool and machine'

contoh mudah dia macam ni
bawa kereta kancil laju2
lepas tu kereta bergegar sampai halaju tertentu
lebih kurang macam tu la chatter ni



psm ni aku dapat sv, ok jugak...
dia ni Dr., ketua jabatan kat fakulti aku
so sibuk la dia
tapi dia ni relaks2 saja
bila jumpa dia terang benda2 pa yang kena buat
cari jurnal
buku kat pustakaan
nama pengarang
kiranya aku relaks la dok bawah en. ni

tapi minggu lepas, aku jumpa technician
dia terang balik pasal psm ni
sv aku terang sikit2 ja pasal pa kena buat sem ni
- intro
- literature review
- method
tapi technician ni terang detail pasal eksperimen
yang kena buat
punya la panjang, banyak step kena buat
banding dengan kawan2 lain
perghhh....



- buat SDOF flaxture
- milling CNC machine
- SDM software untuk predict chatter
- impact hammer test
- MATlab
- accelerometer
- Al alloy
- ....dan segala macam lagi

ni semua memerlukan kudrat yang tinggi
tapi tu la, kita selalu dengar
Tuhan bagi ujian yang hamba Dia mampu saja...
so teruskan usaha
dan banyakkan berdoa
moga dipermudahkan segala urusan
Amin....



p/s: redho ALLAH, redho ayah ibu, kebahagian dunia akhirat
[lirik lagu raihan]

Saturday, June 11, 2011

semangat mau ada...

alhamdulillah
dah sebulan lebih aku dok kat rumah
tengah LI la ni.


besnya LI aku ni
kena kerja 5 hari saja, isnin-jumaat
tapi yang tak bes pulaknya
kerja sampai pukul 6 petang
8.30 pagi sampai 6 petang
lama tu...
tapi kerja relaks saja
budak praktikal pun dok ala2 engineer
dok melangut saja
kerja sikit2 saja, tu pun kena cari sendiri
kalau tak...
sampai ke petanglah jadi anak bos.


alhamdulillah
dan akhirnya sebagai mana yang diharapkan
Abang Mat menang sebagai Timbalan Presiden
buat kerja elok2 tau
sebagai penyokong, kami mengharapkan yang terbaik
dalam perjuangan ini.

man jada wajada

Abang Mat sebagai salah sorang penggerak BERSIH 2.0
telah mengarahkan jemaah untuk turun bersama
9 Julai ni
bersama dalam menyatakan harapan rakyat
kita nakkan sebuah pilihan raya yang adil
untuk demokrasi negara kita ni.


aku pun teringinlah jugak nak bersama
tapi...
jauh sangat lah pulak
nak menapak sampai ke KL tu
tapi kalau ada rezeki
ada jodoh
sampailah jugak ke sana tu.

makanya pada hangpa yang berkesempatan tu
jom la kita ramai2 menjayakannya
insya-ALLAH berjaya dengan rahmat-NYA
amin....

- lebih 300 kilo jugak tu nak sampai sana, ada sapa2 nak ikut? -

Saturday, April 30, 2011

naik mencanak

alhamdulillah...
akhirnya graf pun naik gila2
lepas USD$1500 /1oz depa kata
bawah ni graf dia [hari ni 1/5/11]


harga 1dinar PG pun dah lepas 700
jual balik 669
kiranya balik modal dah la yang dulu2 aku beli
alhamdulillah...

tapi nak beli pun makin susahlah
lagi2 orang tak berduit macam aku...
tak pa, pelan2 kita buat.

makanya, sapa2 yang berhajat beli emas tu
janganlah tunggu lama2
graf susah nak turun
nanti jadi macam aku dulu
dari harga bawah 600
611 baru nak beli, lari berpuluh2.


insya-ALLAH, simpan emas ni tak rugi
siap 'special' lagi ALLAH bagi
cukup haul nisab, boleh bayar zakat emas.

lillahi ta'ala
simpan nilai emas lagi baik dari simpan nilai duit
'0' inflasi
tengok kita sekarang ni, barang semua naik

ni contoh mudah aku bagi
aku pi kafe makan nasi
dulu ambil sayur sikit, kena 5 kupang
la ni kena seringgit...
nampak tak inflasi tu.

zaman nabi 1 kambing = 1 dinar
zaman la, tetap 1 kambing = 1 dinar.


- makan 'free' bila menteri mai...

Wednesday, April 27, 2011

madrasah 'final'



la ni minggu untuk budak2 U aku perah otak.
minggu periksa.

tapi rasanya sem ni, boleh relaks sikit kot...
jadual periksa sem ni ok,
tak padat macam sem lepas.

tu pasai esok nak periksa,
hari ni boleh dok tulis blog ni lagi.
boring sama kot
tak larat nak baca dah...

ada orang kata, dah nak periksa
baru nak turun surau.

tapi mungkin ni lah RAHMAT ALLAH
MADRASAH 'FINAL'
ala2 MADRASAH RAMADHON...ramai yang dekat dengan ALLAH.
alhamdulillah, harap berterusanlah nikmat ni pada kita.
sama2 lah kita saling mengajak pada benda2 baik.

dengar kata, kerajaan nak buat penilaian
bukan berasaskan peperiksaan
untuk budak2 sekolah...
tak ada dah peperiksaan awam macam UPSR, PMR


- madrasah 'final' pun tak ada lah lepas ni ?

Saturday, April 2, 2011

bila budak cukup umur...



umur berapa, orang kira dia tu dah cukup umur?
baligh?
mumaiyiz?
habis sekolah menengah, 18 tahun?

la ni aku nak cakap pasal cukup umur 21 tahun?
paham2 saja la...tu umur untuk orang boleh daftar spr
jadi pengundi dalam pilihan raya.

ada la sorang profesor u ni
dia ni penganilisis politik
dia kata, lebih korang macam ni la..
"orang yang tak mengundi ni
depa ni ambek kesempatan atas tanggungjawab orang lain yang pi mengundi..

orang2 yang tak mengundi ni tumpang nikmat orang yang mengundi
bila negara ok, pemimpin negara buat kerja elok2...

tapi depa ni tak da hak langsung nak merungut bila hidup susah."

jadi, bila dah cukup umur tu,
pi la daftar dengan spr.
tak pun masuk link ni 'daftar pemilih baru'
isi maklumat kat situ, pastu nanti ada orang lain tolong daftarkan.
habis cerita...

-nak mampuih la... minyak dok naik lagi-

Wednesday, March 23, 2011

kabus tak berpanjangan


KEHIDUPAN

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani

Friday, March 18, 2011

kepimpinan


politik dengan akademik, yang mana masyarakat kena utamakan dulu?

A 'good father' will try to get a good 'education' for his children.

‎3 individuals that must be very diligent [tekun] to ensure a successful student is:

- his father, if he is still alive
- his teacher
- the student

penantian suatu penyeksaan


salam...

makin dekat nak hujung sem, makin serabut jadinya.
mintak punya mintak, satu pa pun tak dapat lagi.
satu pa pun tak sangkut dalam banyak2 tu...

ni la dia apa yang dikatakan ujian ALLAH datang silih berganti..
awai2 sem hari tu...relaks ja,
hidup penuh kegembiraan.

tak pa, tak pa...
kita cuba cara lain pulak,
insya ALLAH sangkut punya, macam JKR Msia boleh sangkut hari tu.

TUHAN uji hamba-NYA pada kadar yang mereka mampu,
sebab AR-ROHMANUR ROHIM.

amin...

Sunday, March 6, 2011

di persimpangan jalan




The Road Not Taken

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Robert Frost (1874–1963). Mountain Interval. 1920.

Thursday, February 24, 2011

balada: puisi puitis yang romantis



RAJAWALI

Sebuah sangkar besi
Tidak bias merubah seekor Rajawali
Menjadi seekor burung Nuri

Rajawali adalah pacar langit
Dan didalam sangkar besi
Rajawali merasa pasti
Bahawa langit akan selalu menanti

Langit tanpa Rajawali
Adalah Sukma
Tujuh langit : Tujuh Rajawali

Rajawali terbang tinggi
Memasuki sepi
Memandang dunia
Rajawali disangkar besi
Duduk bertapa
Mengolah hidupnya

Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
Yang terjadi dari keringat matahari
Tanpa kemantapan hati Rajawali
Mata kita hanya melihat fatamorgana

Rajawali terbang tinggi
Membela langit dengan setia
Dan ia akan mematuk kedua matamu
Wahai, kamu pencemar langit dan durahaka

sajak oleh WS Rendra

kembara

salam...
hari ni tak da keja pa nak buat
dan dengan kesempatan yang ada ni
satgi aku nak merantau ke tempat orang.

tempat tu dekat2 sini jugak la
insya' ALLAH, selamat pi, selamat balik.

kita pi sana pun
sebagai tanda sokongan pada perjuangan Islam.

doa ramai2
insya ALLAH menanglah
tak dapat dua2
satu pun jadilah.

takbir...ALLAHU AKHBAR !

Friday, January 28, 2011

CNY



selamat beraya sakan pada warga kaum tiongha
raya, jgn tak raya
aku pulak boleh cuti seminggu
terbaik punya...

surat pengesahan dah dapat,
la ni nak cari kilang pulak
dapat belah2 penang ok dah tu
sep bajet sikit.

Saturday, January 22, 2011

alhamdulillah

selamat pi, selamat balik.
memanglah letih pi sana, naik moto pulak tu...
tapi tak pa, semangat yang penting.
kita nak tengok sama kemenangan kat sana pulak.

insya allah, no hal punya,
kita boleh menang.
TAKBIR !!!




jangan marah
hahaha....

Thursday, January 20, 2011

tenteram

satgi petang, aku nak pi bermusafir.
esok baru balik kot..
doa2 la selamat pi, selamat balik.

mesti ada hikmahnya aku dapat pi sana kali ni,
sem lepas dah terlepas sekali,
kali ni alhamdulillah...

apa2 pun, perjuangan kebenaran pasti menang.
takbir!!!!!
ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR!

Thursday, January 13, 2011

makin ngeri

entah lah nak kata apa pulak ni.
dia jatuh balik pulak dah...sabaq sajalah.
ni lah dia hakikat dalam pelaburan emas.
tapi emas tetap prospek masa depan.

harga semasa, layari 'kitco'.

emas ngeri

alhamdulillah...
dan sekian lamanya emas dok main dalam rm640 lebih saja,
tiba2 dia naik mencangak macam ni punya..

perghhhh......



macam ni baru la orang sayang.
lagi2 'orang2 baru' macam aku ni.

silver bar

nak beli emas n dinar memangla tak boleh beli selalu.
boleh pokai la kalau dok beli emas saja,
la pon harga dah seratus lebih segram.
mana nak cari duit, kerja pon tak.

tapi ni dia sebagai alternatif untuk pelaburan emas,
PERAK.





hahhh...pilih, jangan tak pilih.
pastu angkat la satu, dua bar, buat masa depan.
bukannya apa, harga perak ni kira boleh gagah la lagi nak beli,
banding dengan emas.

1 dinar public = rm651
1 dirham kelantan = rm20

silver bar kat atas tu dalam rm130 ja...
1 oz bar = 31g
rm130/31 = rm4.19

silver coin pon boleh beli juga, tapi dia mahai sikit la daripada silver bar.

Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent to 10 dirhams."
sumber: public gold

kita tengok la harga emas banding dengan perak,
lari banyakkan.
sebab tu la ramai pakar pasai benda2 ni kata,
lepas ni harga perak pon akan jadi kenaikan macam harga emas la ni.

so, perak boleh la kita beli buat simpanan masa depan,
kalau nak beli emas tak berapa nak mampu.

Wednesday, January 12, 2011

tak reti2 lagi

tak tau la nak kata apa, memang banyak benda nak kena tanya orang pasal blog ni.
pawie, macam mana nak ejas font huruf ni?
nak buboh update blog orang lain kat tepi blog ni?
macam mana?

1 dinar public gold



ni dia 1 dinar, public dinar yang buat.

berat 4.25g
emas jenis 916
18mm lebar
0.72mm tebal

time la ni, 12.1.11, pukul 6.30 petang, harga dia rm541 sekeping.



try tengok tang graf harga setahun punya.
graf naik mula awal bulan 4 dengan tengah bulan 7.
awal2 tahun ni, harga dok maintain ja...
bagi peluang orang nak beli lagi, tapi aku dah sengkek.

tunggu LI nanti la kot.

dah lama dah...

blog ni dah lama tak buat, lepas tu dah tak tau nk setat macam mana pulak.
nak kena tengok2 blog orang lain la pulak..
kali ni mesti jadi punya, tak delete dah kot blog ni macam blog2 yang dulu punya.

kasi semangat sama dia...fighting!!
la ni, jom tengok blog orang lain dulu..

bismillah

assalamu'alaikum

siap la jugak blog aku ni...
baru senang sikit aku nak tengok benda tu.